SEJARAH SEKOLAH
1924
Sekolah ini ditubuhkan di sebuah rumah kedai di Jalan Tengku Kelana (Rembau Street), Klang
1926
Pembinaan pembangunan utama ‘ The Holy Infant Jesus’ serta dewan dimulakan.
1928
Pembukaan rasmi disempurnakan oleh Sir William Peel pada 18 Januari 1928 dan disaksikan oleh DYMM Sultan Alauddin Sulaiman Shah, Raja Muda Selangor, Padri Souhart, Mother Tarciscions dan Mother Adele.
1950
Oleh sebab bilangan murid semakin bertambah, pihak sekolah terpaksa membina lebih banyak bilik darjah. Pada tahun ini dana untuk Marion Wing telah dikutip
1952
‘Marion Wing’ mula dibina.
1954
‘Marion Wing’ diperluas.
1955
‘St. Joseph’s Wing’ dibina. Selepas pembinaan St. Joseph’s Wing pada tahun 1955, Sekolah Convent dibahagikan kepada Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah dengan sesi pagi dan sesi petang.
1960
Sekolah Rendah Convent dibahagikan kepada Sekolah Rendah Convent 1 dan Sekolah Rendah Convent 2.
1961
Blok tiga tingkat disambungkan ke ’Marion Wing’.
1967
Blok kantin lama dibina dan digunakan oleh ketiga-tiga buah sekolah.
1978
Gelanggang simen bola keranjang/bola tampar dibina dari hasil kutipan penjualan cenderamata sempena perayaan ulang tahun Jubli Emas.
1979
Kedua-dua pihak sekolah rendah telah bersama-sama bersetuju mengambil tingkat atas blok ’The Holy Infant Jesus’ sebagai bilik darjah dan membina sebuah bangunan yang lain untuk Mubaligh sebagai ganti.
1981
Pihak mubaligh berpindah ke kediaman baru (Sisters’ Quaters) yang dibina oleh pihak Sekolah Rendah 1 dan 2.
1984
Kantin sekolah rendah dibina bersambung dengan blok ’The Holy Infant Jesus’. Tempoh perkongsian kantin lama tamat apabila kantin sekolah rendah dibina dengan kerjasama sekolah menengah. Pada masa ini pihak sekolah rendah dapat menggunakan keseluruhan bahagian depan. Bahagian belakang digunakan oleh sekolah menengah.
1991
Tabung Bangunan Baru (Blok D/Blok Sains) dimulakan.
1992
Pembinaan bangunan baru (Blok D) bermula. Blok ini dibina pada tapak kantin lama yang telah dirobohkan. Sebelum blok ini disiapkan, PWTC (Pondok Within The Convent) digunakan sebagai kantin.
1994
Perasmian Bangunan Baru oleh YB Dr Leo Michael Toyad, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia pada 22 Januari 1994.
2002
Tabung Bangunan Baru (Blok E) dimulakan. Blok baru ini akan dibina di kawasan PWTC dan akan mengandungi 6 buah darjah dan sebuah tandas. Wetland SMK Convent telah siap sepenuhnya. Wetland SMK Convent juga telah menerima hadiah galakan daripada Syarikat Ford bernilai RM 7000.00
2003
Majlis Perasmian Wetland SMK Convent Klang dan Laman Web Sekolah telah diadakan pada 30 Ogos 2003 oleh Puan Hajah Haniah Hussin, Ketua Unit Kokurikulum, PPD Klang.
2004
SMK Convent Klang telah diterajui oleh Puan Bahariah Binti Bustamam, anak kelahiran Kuala Lumpur. Pada tahun ini, buat pertama kalinya jubah graduasi telah dipakai oleh murid–murid Tingkatan 5 dalam Majlis Graduasi mereka. Keputusan SPM juga buat pertama kalinya mencatat keputusan 100 peratus.
2005
Kelas Bahasa Antarabangsa iaitu Kelas bahasa Jepun telah dimulakan dan gurunya ialah Cik Zubaidah bt. Ali, sarjana lulusan University of Policy Studies, Jepun. Beberapa orang pensyarah Jepun dari Ambang Asuhan Jepun, Universiti Malaya telah melawat sekolah untuk melihat proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah ini.
2006
Bangunan Blok E telah mula dibina pada akhir tahun 2006. Pada tahun ini persekitaran dan fizikal sekolah telah dinaik taraf dan diperindah agar pembelajaran dapat dijalankan dalam suasana yang lebih kondusif.
Anugerah Tokoh Guru telah diperkenalkan .
2007
Bangunan Blok A dijadikan sebagai Blok Pentadbiran. Bilik Penolong Kanan dan pejabat telah dinaik taraf dan telah dirasmikan oleh En. Tong Yee Lim pada pertengahan tahun 2007.
Sebuah Bilik Darjah di Blok B telah diubah suai menjadi Bilik ICT, dilengkapi dengan hampir 40 buah komputer (untuk kelas ICT) hasil dana yang diperoleh dari Majlis Makan Malam Amal yang telah diadakan pada 3 November 2007
2008
Bilik-bilik Darjah di tingkat atas bangunan Blok A telah dijadikan Bilik APD, Bilik Ketua Bidang dan Bilik Peperiksaan, Bilik Mesyuarat serta Bilik Kaunseling. Sebuah bilik darjah di tingkat bawah pula telah dijadikan Kelas Bahasa Ibunda .
Bangunan Blok E yang menempatkan enam bilik darjah tingkatan tiga telah mula digunakan. Bilik APD yang lama pula telah dirobohkan. Bilik kaunseling yang lama dicadangkan sebagai Bilik Rawatan.
2009
-Pendawaian semula di Blok A oleh Jabatan Kerja Raya ( JKR ) telah dibuat pada akhir tahun 2009.
-Buat pertama kalinya, murid-murid SMK Convent Klang telah menduduki peperiksaan awam Bahasa Jepun.
-Mata pelajaran Ekonomi Rumahtangga diperkenalkan kepada pelajar Tingkatan 4.
-Papan kenyataan ‘Countdown’ untuk peperiksaan PMR dan SPM telah disumbangkan oleh Kolej Taylor.
2010
-Mata pelajaran Pend. Muzik diperkenalkan. Kaunter pejabat telah diubahsuai. Bilik disiplin telah diwujudkan. PWTC dan Stor Sukan telah dinaik taraf.
-Anugerah Kelas Terbilang 2015 diperkenalkan
-Persaraan Pengetua Cemerlang, Pn. Bahariah Bt Bustamam.
-Perlantikan Pengetua Baharu, Pn Hjh Rohimah Bt Muhammad.
2011
-Lawatan Penandaarasan ke SMK King George V.
-Dilawati oleh deligasi Thailand sempena IU Day.
-Dilawati oleh SMK(P) Temenggung Ibrahim Batu Pahat Johor sempena Program Jalinan Bahasa Antarabangsa.
-‘Soft Launching’ Blok E.
-Mewujudkan Bilik Bahasa Jepun.
-Menukar nama PWTC kepada Dataran Puteri.
-Menaiktaraf Galeri Puteri.
-Mewujudkan Bilik Peperiksaan.
-Pesaraan Pn Lee Shook Chern dan Pn Khor Hoi Yong.
2012
-Persaraan Pn. Lee Kooi Chen (PK HEM)
-Perasmian Bilik Sakura (Bilik Bahasa Jepun)
-Lawatan Penandaarasan Bahasa Antarabangsa Bahasa Jepun ke SMK Temenggung Ibrahim
-Naib Johan Bahas Ala Parlimen Bahasa Melayu 2012 Peringkat Negeri Selangor
Program Sihathon
-Sistem 5S dimulakan di makmal
-Menaiktaraf Kamar Rias, Longkang, Tembok, Bilik Guru dan Stor Perabot
-Majlis Pecah Tanah, Dataran Berbumbung SMK Convent Klang
2013
-Dataran Berbumbung telah berjaya disiapkan